Siri 16 - SKUAD B-18 HARAPAN UNTUK DEKAD BAHARU.
Tahun 2020 telah tiba dan kita telah memasuki dekad yang baru. Di awal dekad ini marilah kita melihat kembali pencapaian bolasepak negara sepanjang 10 tahun yang lepas
2 kejohanan utama bolasepak pada dekad lepas adalah Piala Dunia FIFA 2014 di Brazil dan 2018 di Russia. Malaysia gagal untuk layak ke kejohanan-kejohanan tersebut.
Untuk pusingan kelayakan ke Brazil, Malaysia perlu melalui 2 pusingan sebelum dapat bermain di peringkat kumpulan kerana kedudukan ranking negara yang rendah.
Pada pusingan pertama Malaysia telah berjaya menyingkirkan China Taipei tetapi terkandas pada pusingan kedua apabila kalah 4-6 secara agregat kepada Singapura. Kita gagal mengekang kehebatan pemain-pemain naturalisasi Singapura.
Mungkin pengalaman ini telah mendorong FAM untuk menerima pemain-pemain naturalisasi dan Mamadou Sumareh dari Gambia telah menjadi pemain naturalisasi pertama menyarungkan jersi kebangsaan iaitu ketika menentang Sri Lanka pada 12 Oktober 2018.
Untuk saingan ke Russia pula kita mendapat laluan terus ke pusingan kedua dan diletakkan dalam Kumpulan A bersama Arab Saudi, UAE, Palestin dan Timor-Leste.
Malaysia telah berjaya menarik perhatian dunia tetapi ia sesuatu yang tidak membanggakan. Pada 8 September 2015, perlawanan Malaysia menentang Arab Saudi di Shah Alam telah dihentikan pada minit ke 87 kerana bom asap telah dibaling ke dalam padang.
FIFA telah menghukum Malaysia dengan memberi kemenangan 3-0 kepada Arab Saudi dan kita terpaksa bermain perlawanan kumpulan yang selanjutnya tanpa penonton.
Pusingan kelayakan itu juga melihat rekod yang tidak diingini dicipta. Pada 3 September 2015, Malaysia dibelasah UAE 10-0 yang merupakan kekalahan paling teruk dalam sejarah bolasepak negara.
Pasukan negara telah juga gagal untuk layak ke Piala Asia AFC tahun 2011 di Qatar, 2014 di Australia dan 2019 di UAE.
Walau bagaimanapun prestasi Malaysia di dalam Piala AFF adalah jauh lebih baik. Malaysia muncul johan sekali ( 2010 ), naib johan 2 kali ( 2014 dan 2018 ) dan tersekat di separuh akhir sekali ( 2012). Hanya sekali kita gagal melepasi peringkat kumpulan ( 2016 ).
Untuk acara bolasepak Sukan SEA yang dikhususkan untuk pasukan bawah 23 tahun, Malaysia berjaya merangkul pingat emas sekali ( 2011 ) dan pingat perak sekali ( 2017 ).
Walau bagaimanapun bagi sebuah negara yang pernah layak ke Sukan Olimpik sebanyak 2 kali sasaran Malaysia sepatutnya lebih jauh dari rantau Asia Tenggara.
Tetapi terdapat juga pencapaian dekad lepas yang melangkau keluar dari rantau Asia Tenggara. Di antaranya adalah kejayaan JDT memenangi Piala AFC tahun 2015 setelah mengalahkan kelab Istiklol dari Tajikistan 1-0.
Kejayaan gol Faiz Subri memenangi Anugerah Puskas FIFA dalam tahun 2016 mengharumkan nama negara. Pemenang-pemenang sebelum ini adalah Cristiano Ronaldo dan Neymar.
Mungkin harapan kita adalah pada pemain-pemain muda. Skuad Bawah 18 Tahun ( B-18 ) negara telah berjaya layak ke Kejuaraan Bawah 19 Tahun ( B-19 ) AFC di Uzbekistan Oktober depan setelah menjuarai pusingan kelayakan kumpulan mereka di Phnom Penh November lepas.
4 pasukan teratas pada kejuaraan di Uzbekistan akan layak ke Piala Dunia Bawah 20 Tahun FIFA 2021 di Indonesia. Ini merupakan peluang terbaik negara untuk tampil di pentas dunia.
Justeru itu dekad lepas mungkin kurang cemerlang bagi dunia bolasepak negara namun kita boleh memulakan dekad ini dengan kecemerlangan melalui skuad B-18 negara.
Iskandar A Samad
2 Januari 2020

Comments
Post a Comment