Siri 17 - PEMAIN NATURALISASI : BURUK ATAU BAIK?
Dalam perlawanan kelayakan Piala Asia AFC menentang Palestin pada 8 Oktober 2015 pasukan Timor Leste telah membariskan 7 orang pemain kelahiran Brazil.
Walaupun menang 3-0 Persatuan Bolasepak Palestin telah membuat aduan kepada FIFA mendakwa Timor Leste telah menurunkan pemain-pemain yang tidak layak.
Pada 20 Januari 2017, FIFA telah mendapati Timor Leste bersalah memalsukan dokumen pemain-pemain kelahiran Brazil itu lalu digantung dari menyertai Pusingan Kelayakan Piala Asia 2023.
Kes Timor Leste ini merupakan contoh paling ekstrem di mana sebuah negara cuba mencapai kejayaan dengan menggunakan pemain-pemain yang tidak lahir di negara tersebut.
Negara-negara lain juga menggunakan pemain-pemain yang tidak lahir di negara mereka tetapi telah mematuhi peraturan FIFA.
Artikel 7 Statut FIFA menetapkan mereka yang hendak bermain untuk sesebuah negara perlu memenuhi salah satu dari syarat-syarat berikut,
a.) Lahir di dalam negara tersebut.
b.) Bapa kandung atau ibu kandung lahir di dalam negara tersebut.
c.) Datuk atau nenek lahir di dalam negara tersebut.
d.) Telah tinggal secara berterusan selama 5 tahun di negara tersebut selepas mencapai umur 18 tahun.
Tetapi pemain itu mestilah tidak pernah bermain untuk negara asal beliau di dalam perlawanan antarabangsa kelas A pada mana-mana pertandingan rasmi.
Justeru itu tidak ada masalah bagi mana-mana negara untuk membariskan pemain-pemain luar dengan syarat mereka telah mendapat kerakyatan dan telah tinggal lebih dari 5 tahun.
Qatar adalah di antara negara Asia yang menggunakan ramai pemain naturalisasi paling ramai. 5 pemain kelahiran Brazil, 1 kelahiran Ghana dan 1 kelahiran Uruguay pernah bermain untuk negara tersebut
4 pemain dari Brazil, seorang dari Jamaica dan seorang dari Amerika juga pernah bermain untuk pasukan kebangsaan Jepun.
Pemain naturalisasi pertama pasukan kebangsaan Malaysia adalah Mohamadou Sumareh dari Gambia. Bapa, ibu, datuk dan nenek beliau tidak lahir di Malaysia tetapi beliau telah tinggal di Malaysia selama 5 tahun. Sumareh mendapat kerakyataan pada April 2018 dan bermain untuk pasukan kebangsaan pada bulan Oktober tahun yang sama.
Sejak bulan Julai tahun lepas pemain-pemain liga tempatan Liridon Krasniqi ( Kosovo ) dan Guilherme De Paula ( Brazil ) telah disebut sebagai pemain-pemain naturalisasi yang akan mengikut jejak Sumareh.
Untuk menguruskan proses pengambilan pemain naturalisasi, pada 30 Mac tahun lepas Jawatankuasa Eksekutif FAM telah meluluskan mekanisme proses pengambilan pemain naturalisasi untuk mewakili skuad kebangsaan.
Penyokong penggunaan pemain naturalisasi berpandangan untuk mencapai sasaran-sasaran seperti layak ke Piala Dunia dalam masa yang terdekat pemain naturalisasi adalah satu keperluan.
Walau bagaimanapun mereka bersetuju perlu ada perancangan jangka panjang untuk menghasilkan pemain-pemain tempatan yang boleh bersaing di pentas dunia.
Mereka yang menentang penggunaan pemain naturalisasi menegaskan Indonesia dan Singapura yang lebih awal menggunakan pemain-pemain tersebut tetapi gagal untuk layak ke Piala Dunia atau mencapai sebarang kejayaan besar di peringkat Asia.
Ada juga yang berkata tidak wajar kerakyatan diberikan dengan begitu mudah walau bagaimanapun ada yang berhujah bilangan yang diberikan adalah kecil. Boleh dikira dengan jari. Tambahan pula pemberian MyKad palsu kepada beribu-ribu warga asing adalah lebih merbahaya. Puluhan ribu warga Negara China yang masuk ke negara ini dan tidak pulang lebih mengancam kedaulatan negara.

Comments
Post a Comment