Siri 10 - SAINGAN SEBENAR UEFA CHAMPIONS LEAGUE BERMULA.
Perlawanan-perlawanan UEFA Champions League peringkat kumpulan baru berakhir pada 11 Disember lepas.
Tempat pertama dan tempat kedua setiap kumpulan layak ke pusingan kalah mati. Terdapat 8 kumpulan dan 16 kelab telah layak.
Kelab-kelab itu adalah Paris St-Germain (Perancis ), Real Madrid (Sepanyol), Bayern Munich (Jerman), Tottenham (England), Manchester City (England), Atalanta (Itali), Juventus (Itali), Athletico Madrid (Sepanyol), Liverpool (England), Napoli (Itali), Barcelona (Sepanyol), Borussia Dortmund (Jerman), RB Leipzig (Jerman), Lyon (Perancis), Valencia (Sepanyol) dan Chelsea (England).
England dan Sepanyol mendahului dengan 4 kelab setiap negara, ini diikuti Jerman dan Itali dengan 3 kelab setiap negara dan Perancis dengan 2 kelab.
Kebanyakan nama-nama besar dari saingan kumpulan telah layak ke pusingan kalah mati. Tiada kejutan besar kecuali juara 3 kali Ajax yang berjaya ke peringkat separuh akhir musim lepas tetapi gagal ke pusingan kalah mati musim ini.
Kelab Belanda itu tersingkir setelah kalah 0-1 kepada Valencia di tempat sendiri pada perlawanan terakhir kumpulan H. Mereka hanya perlu seri untuk mara.
Satu lagi kelab ternama yang tersingkir adalah juara 2 kali Benfica. Mereka sekadar menduduki tempat ketiga dalam Kumpulan G dengan 7 mata. 1 mata di belakang kelab Perancis Lyon.
Dengan 4 wakil England di pusingan selanjutnya, kemungkinan perlawanan akhir melibatkan 2 kelab England adalah cerah. Tahun lepas Liverpool mengalahkan Tottenham pada perlawanan akhir.
Walau bagaimanapun hanya Liverpool dan Manchester City merupakan pasukan pilihan (seeded) untuk pusingan seterusnya (Round of 16) kerana mereka muncul johan kumpulan. Ini bermakna mereka boleh diundi menentang Chelsea dan Tottenham.
Jika kelab-kelab England bertemu sesama sendiri di pusingan "Round of 16" dan pusingan suku akhir, negara itu akan pasti mempunyai satu kelab di peringkat separuh akhir.
Begitu juga Sepanyol yang mempunyai 4 kelab di pusingan kalah mati. Hanya Barcelona dan Valencia adalah pasukan pilihan. Sekurangnya 1 kelab negara itu akan memasuki perlawanan separuh akhir jika mereka bertemu sesama sendiri.
Liverpool, Manchester City dan Paris St Germain adalah pilihan utama untuk memenangi kejuaraan musim ini. Bayern Munich, Barcelona dan Juventus dikatakan mampu membuat kejutan.
Jika diteliti daripada 16 kelab yang mara ke pusingan kalah mati, 11 darinya turut layak ke pusingan kalah mati musim lepas. Ia mungkin dapat memuaskan hati penyokong kelab-kelab itu tetapi adalah amat membosankan bagi peminat bolasepak yang berkecuali untuk menyaksikan kelab-kelab yang sama bersaing setiap tahun.
Hari ini payah untuk melihat kelab dari negara-negara seperti Scotland, Norway, Sweden atau Denmark beraksi pada peringkat kalah mati. Hanya kelab-kelab kaya mampu bersaing. Zaman di mana kelab kecil seperti Nottingham Forest boleh menjadi juara (1979 dan 1980) telah lama berakhir.
Realiti dalam dunia bolasepak hari ini, duit tidak dapat membeli kejayaan tetapi tanpa duit kejayaan tidak akan dapat dicapai. Menurut firma kewangan Deloitte, 11 daripada 16 pasukan kalah mati adalah di antara 13 kelab bolasepak terkaya di Eropah untuk tahun 2019.
Hanya RB Leipzig, Valencia, Lyon, Napoli dan Atalanta yang tidak termasuk di dalam kelompok 13 kelab terkaya itu. Mungkin lebih menarik jika kelab-kelab tersebut mara ke perlawanan akhir.
Iskandar A Samad
12 Disember 2019

Comments
Post a Comment