SIRI 12 - "UEFA CHAMPIONS LEAGUE" : UJIAN GETIR DI MADRID UNTUK PASUKAN PILIHAN.
Undian pusingan pusingan 16 pasukan ( Round of 16 ) "UEFA Champions League" atau Liga Juara-Juara UEFA 16 Disember lepas melihat pasukan pilihan, Liverpool dan Manchester City, terpaksa berhadapan dengan cabaran getir di Madrid.
Liverpool telah diundi menentang Atletico Madrid dan Manchester City menentang Real Madrid.
Ini bermakna Liverpool akan kembali ke Estadio Metropolitano, stadium di mana mereka telah muncul juara apabila mengalahkan Tottenham musim lepas dan sudah tentu stadium Atletico itu bukan tempat yang asing bagi mereka.
Walaupun Atletico adalah naib juara La Liga musim lepas tetapi musim ini mereka tampil tanpa Antoine Griezmann yang telah berpindah ke Barcelona. Griezmann seorang pemain penting telah menjaringkan 133 gol sepanjang 5 musim bersama Atletico.
Sementara Manchester City patut memberi tumpuan kepada Liga Juara-Juara kerana ketinggalan 14 mata di belakang pendahulu Liga Perdana Inggeris ( EPL ), Liverpool. Adalah lebih realistik bagi mereka untuk menjadikan Liga Juara-Juara sebagai sasaran utama mereka.
Walaupun Real bukan lawan yang boleh dipandang mudah namun musim ini kelab juara 13 kali itu hanya merupakan pilihan ke 8 di dalam pertanding ini.
Oleh itu, kedua-dua pasukan dari England itu masih dilihat sebagai pasukan pilihan untuk ke perlawanan akhir pada 31 Mei tahun hadapan di Istanbul.
Juara bertahan Bundesliga Jerman, Bayern Munich, akan menentang Chelsea yang sedang menghadapi masalah di dalam EPL. Chelsea kalah 4 dari 5 perlawanan EPL terakhir mereka dan berada di tempat ke 4.
Bayern juga kurang menyerlah musim ini dan sekarang berada di tempat kelima di dalam Bundesliga. Bulan lepas mereka telah memecat pengurus mereka, Niko Kovac, setelah kalah 1-5 kepada Eintracht Frankfurt.
Tottenham yang bagai "mati hidup kembali" di bawah Jose Mourinho akan bertemu RB Leipzig. Walaupun kelab Jerman itu bukan satu nama besar tetapi mereka sedang mendahului Bundesliga. Mereka telah berjaya menduduki tempat pertama di dalam kumpulan mereka dengan meninggalkan Lyon, juara 3 kali Benfica dan Zenit St. Petersburg.
Barcelona dengan pemenang Ballon d'Or tahun ini, Lionel Messi, dijangka tidak akan menghadapi masalah dengan Napoli. Kedua-dua kelab belum pernah bertemu dalam mana-mana pertandingan tetapi pada musim panas yang baru lalu, Barca telah mengalahkan Napoli 2-1 dan 4-0 dalam siri perlawanan persahabatan di Amerika.
Satu lagi pertembungan menarik adalah Paris St. Germain ( PSG ) menentang Borussia Dortmund. PSG memiliki di antara penyerang berbisa di Eropah iaitu Neymar, Kylian Mbappe, Mauro Icardi dan Edinson Cavani. Manakala Dortmund berjaya layak dari kumpulan maut bersama Barcelona dengan menyingkirkan gergasi bolasepak Itali, Inter Milan. Susah hendak dijangka pemenang pertemuan ini.
Senarai penuh perlawanan "Round of 16" adalah Borussia Dortmund menentang PSG, Real Madrid menentang Manchester City, Atalanta menentang Valencia, Atletico Madrid menentang Liverpool, Chelsea menentang Bayern Munich, Lyon menentang Juventus, Tottenham menentang RB Leipzig dan Napoli menentang Barcelona.
Perlawanan pertama adalah pada 18, 19, 25 dan 26 Februari sementara perlawanan kedua adalah pada 10, 11, 17 dan 18 Mac tahun hadapan.
Iskandar A. Samad
18 Disember 2019

Comments
Post a Comment