Siri 7 - PEMECATAN PENGURUS-PENGURUS EPL : APA YANG BOLEH DIPELAJARI?
Pada 29 November lepas, pengurus Arsenal, Unai Emery telah dipecat. Arsenal telah gagal memenangi tujuh perlawanan terakhir mereka dan mempamerkan prestasi awal musim yang paling buruk sejak 1992.
Sebelum itu, Pengurus Tottenham Mauricio Pochettino telah dipecat pada 19 November lepas. Di bawah beliau, Tottenham hanya memenangi 4 dari 13 perlawanan mereka musim ini.
Musim ini melihat pemilik-pemilik kelab tidak memiliki kesabaran dengan pengurus-pengurus mereka. Emery merupakan pengurus ke 22 dan Pochettino pengurus ke 21 yang dipecat di England musim ini.
Pengurus EPL pertama yang dipecat musim ini adalah pengurus Watford, Javi Garcia yang dipecat pada 7 September lepas. Hanya 30 hari selepas bermulanya musim. Watford juga telah memecat pengurus terkini mereka, Quique Sanchez Flores, 1 Disember lepas.
Pada musim 2018-19, 59 pengurus pasukan dari EPL, Championship, League One dan League Two telah ditukar. Pada musim 2017-18 lebih ramai pengurus telah ditukar iaitu 67 orang.
Hari ini terdapat ramai lagi pengurus yang nasib mereka bagai telur dihujung tanduk. Di antaranya adalah pengurus Manchester United - Ole Gunnar Solskjaer, Everton - Marco Silva, West Ham - Manuel Pellegrini dan Southampton - Ralph Hasenhüttl. Mereka dikatakan menunggu masa sahaja.
Zaman di mana pemilik-pemilik kelab boleh bersabar dengan pengurus mereka sehingga bertahun-tahun lamanya telah berakhir. Pengurus Arsenal, Arsene Wenger pernah menjadi pengurus kelab London itu selama 22 tahun dari 1996 hingga 2018.
Beliau kekal sebagai pengurus walaupun di tahun-tahun akhir beliau Arsenal gagal untuk memenangi EPL. Tidak akan ada Wenger lagi selepas ini.
Saingan EPL menawarkan pulangan yang lumayan. 20 kelab EPL menerima bayaran 2.46 bilion pound untuk penyiaran televisyen bagi musim 2018-19. Walhal 72 kelab bukan EPL iaitu kelab-kelab di dalam English Football League atau EFL akan menerima hanya 595 juta pound bagi tempoh 2019 hingga 2024.
Begitu jauh pendapatan kelab-kelab EPL meninggalkan kelab-kelab EFL. Tidak hairan pemilik-pemilik kelab merasa cemas apabila kedudukan mereka di EPL tergugat.
Kelab-kelab EPL juga berlumba-lumba untuk mendapat 4 tempat teratas agar layak ke UEFA Champions League. Setiap kelab yang layak ke peringkat kumpulan pertandingan musim ini akan menerima 12.76 juta pound. Pemenang pula akan menerima sehingga 70 juta pound.
Apa yang boleh kita pelajari dari pemecatan-pemecatan ini? EPL tidak memberi peluang kedua kepada mereka yang gagal. Di negara kita heboh dengan isu Menteri dan Timbalan Menteri yang gagal di dalam melaksanakan tugas mereka. Perdana Menteri kelihatan begitu bersabar dengan mereka. Jika mereka merupakan pengurus-pengurus EPL mungkin mereka telah lama dipecat.
Tetapi adakah Perdana Menteri memiliki kuasa yang penuh? Kebanyakan pemilik-pemilik kelab EPL dapat mengawal sepenuhnya kelab mereka. Mereka memiliki saham majoriti. Tetapi mereka sudah tentu tidak akan dapat melakukan sebarang tindakan drastik jika mereka memiliki saham yang minoriti.
Iskandar A Samad
2 Disember 2019

Comments
Post a Comment