Siri 8 - EURO 2020 MANIFESTASI PENYATUAN EROPAH.

Undian untuk kumpulan-kumpulan bagi kejohanan bolasepak di antara negara-negara Eropah tahun hadapan atau Euro 2020 telah dilaksanakan pada 1 Disember lepas.

Kejohanan tahun ini cukup inklusif kerana ia melibatkan 12 negara tuan rumah.

Sebelum ini terdapat kejohanan yang melibatkan lebih dari satu negara iaitu tahun 2000 ( Belanda dan Belgium ), 2008 ( Austria dan Switzerland ) dan 2012 ( Poland dan Ukraine ). Tetapi kali ini sempena ulangtahun ke 60 kejohanan yang bermula dalam tahun 1960 itu, 12 negara akan menjadi tuan rumah.

Kumpulan dan tuan rumah untuk Euro 2020 adalah seperti berikut,

KUMPULAN A - Itali, Turki, Wales & Switzerland. ( Tuan rumah - Rom, Itali & Baku, Azebaijan )

KUMPULAN B - Denmark, Finland, Belgium & Russia. ( Tuan rumah - Copenhagen, Denmark & St Petersberg, Russia )

KUMPULAN C - Netherlands, Ukraine, Austria & pemenang play-off UEFA Nations League. ( Tuan rumah - Amsterdam, Belanda & Bucharest, Romania )

KUMPULAN D - England, Croatia, Republik Czech & pemenang play-off UEFA Nations League. ( Tuan rumah - London, England & Glasgow, Scotland )

KUMPULAN E - Sepanyol, Sweden, Poland & pemenang play-off UEFA Nations League. ( Tuan rumah - Dublin, Republik Ireland & Bilbao, Sepanyol )

KUMPULAN F - Portugal, Perancis, Jerman & pemenang play-off UEFA Nations League. ( Tuan rumah - Budapest, Hungary & Munich, Jerman )

Kelayakan untuk Euro 2020 adalah lebih rumit dari sebelum ini kerana ia bukan sekadar ditentukan oleh pusingan kelayakan. Hanya 20 dari 24 tempat di kejohanan ini ditentukan oleh pusingan kelayakan itu.

Tetapi selebih 4 tempat adalah melalui perlawanan play-off di antara negara-negara yang tidak layak melalui pusingan kelayakan tetapi mencapai kedudukan yang tinggi pada UEFA Nations League 2018-19. Perlawanan-perlawanan play-off ini akan berlangsung pada bulan Mac tahun hadapan.

Oleh itu, negara-negara di Eropah mempunyai lebih dari satu saluran untuk layak ke kejohanan tahun hadapan. Bukan sahaja dari sudut tuan rumah kejohanan kali ini adalah inklusif tetapi dari sudut kelayakan ianya juga inklusif.

Ketika negara-negara Asia terutamanya di Timur Tengah berhadapan dengan peperangan tetapi negara-negara Barat seperti di Eropah sentiasa berusaha untuk mengekalkan keamanan mereka.

2 peperangan dunia telah meletus akibat konflik di Eropah. Negara-negara Eropah sentiasa berusaha agar perpaduan di antara mereka terus kekal dan konflik-konflik seperti itu tidak berulang lagi. Bolasepak melalui pertandingan seperti Euro 2020 juga dapat menyatukan mereka.

Euro 2020 melihat juara Piala Dunia 2018, Perancis, menjadi negara pilihan. Mereka diikuti oleh England, Belgium dan Belanda.

Walau bagaimanapun Perancis berada di dalam "kumpulan maut" bersama juara Euro 2016 - Portugal dan juara Piala Dunia 2014 - Jerman.

Hanya satu pasukan negara umat Islam yang pasti beraksi pada kejohanan kali ini. Turki telah layak apabila muncul naib juara kumpulan kelayakan mereka di belakang Perancis.

Kosovo dan Bosnia Herzegovina masih boleh layak jika memenangi perlawanan-perlawanan play-off pada bulan Mac tahun hadapan.

Iskandar A Samad
5 Disember 2019

Comments

Popular posts from this blog

Siri 20 - PERLUKAH PASUKAN LUAR DI DALAM LIGA SUPER?

SIRI 13 - LIVERPOOL JUARA DUNIA.

Siri 10 - SAINGAN SEBENAR UEFA CHAMPIONS LEAGUE BERMULA.