Posts

Showing posts from April, 2020

Siri 20 - PERLUKAH PASUKAN LUAR DI DALAM LIGA SUPER?

Pada 2 November lepas Johor Darul Takzim (JDT) telah mengalahkan Kedah 3-0 untuk memenangi Piala Malaysia. Sebelum itu JDT telah merangkul kejuaraan Liga Super meninggalkan naib juara Pahang 10 mata di belakang. Penguasan JDT tidak tercabar oleh pasukan-pasukan lain di mana daripada 22 pusingan perlawanan mereka berada di tangga pertama untuk 17 pusingan. Ini merupakan kejuaraan ke 6 JDT dan pada tahun-tahun  sebelum ini keunggulan JDT payah untuk dicabar. Pada tahun 2018, mereka meninggalkan naib juara Perak dengan 23 mata. Pada tahun 2017 pula, naib juara Pahang ditinggalkan dengan 9 mata. Sementara naib juara Felda ditinggalkan dalam tahun 2016 dengan 15 mata. Oleh itu, adakah JDT terlalu kuat sehingga tidak didapat dicabar? Atau pasukan-pasukan lain terlalu lemah atau prestasi mereka tidak meningkat? Satu cara untuk meningkatkan kemampuan pasukan-pasukan itu adalah dengan melibatkan pemain impot yang berkualiti. Terdapat ramai pemain-pemain impot yang memainkan pe...

Siri 19 - BERMULANYA JUAL BELI PEMAIN.

Mulai 1 sehingga 31 Januari setiap tahun, perpindahan pemain melibatkan kelab-kelab Liga Perdana Inggeris ( EPL ) adalah dibenarkan. Tempoh ini dinamakan "January Transfer Window" atau "Winter Trasfer Window" memberi peluang kepada kelab-kelab untuk mendapatkan pemain-pemain baru. Setelah 5 bulan musim 2019-20 berlalu, terdapat kelab-kelab yang berhadapan dengan masalah kecederaan pemain dan tempoh ini digunakan untuk memperkuatkan skuad mereka. Ia juga merupakan masa untuk melepaskan pemain-pemain yang tidak diperlukan. Di antara perpindahan berprofil tinggi yang disebut-sebut adalah penyerang Chelsea, Oliver Giroud, yang diberitakan telah bersetuju untuk berpindah ke kelab Serie A Itali, Inter Milan. Chelsea dilaporkan mahukan di antara 6.8 hingga 8.5 juta pound untuk pemain tersebut tetapi Inter menawarkan hanya 4.5 juta pound. Giroud mahu berpindah kerana beliau bukan lagi pilihan utama Chelsea dan ini menjejaskan peluang beliau untuk menyertai skuad...

Siri 18 - TEKNOLOGI VAR YANG MENGUBAH BOLASEPAK.

Kemenangan 1-0 Liverpool ke atas Wolverhampton pada 30 Disember lepas mengekalkan jarak 13 mata dengan kelab di tempat kedua, Leicester. Tetapi kemenangan Liverpool adalah penuh dengan kontroversi kerana ia didakwa dibantu oleh VAR. VAR atau Video Assistant Referee ( Video Bantuan Pengadil ) adalah sistem di mana keputusan-keputusan pengadil disahkan atau diputuskan oleh tayangan semula video. Dalam perlawanan tersebut, asalnya gol Sadio Mane pada minit ke 42 telah tidak dibenarkan kerana bola dilihat terkena tangan seorang lagi pemain Liverpool, Adam Lallana. Tetapi setelah semakan dengan VAR, gol itu telah dibenarkan kerana VAR mengesahkan bola itu terkena bahu dan bukan tangan Lallana. Pada masa tambahan separuh masa pertama, Pedro Neto telah menjaringkan gol penyamaan untuk Wolverhampton tetapi VAR telah membatalkan gol itu kerana offside. VAR bukan sahaja telah menimbulkan kontroversi pada perlawanan tersebut tetapi pada perlawanan-perlawanan Liga Perdana Inggeris ( EPL ...

Siri 17 - PEMAIN NATURALISASI : BURUK ATAU BAIK?

Dalam perlawanan kelayakan Piala Asia AFC menentang Palestin pada 8 Oktober 2015 pasukan Timor Leste telah membariskan 7 orang pemain kelahiran Brazil. Walaupun menang 3-0 Persatuan Bolasepak Palestin telah membuat aduan kepada FIFA mendakwa Timor Leste telah menurunkan pemain-pemain yang tidak layak. Pada 20 Januari 2017, FIFA telah mendapati Timor Leste bersalah memalsukan dokumen pemain-pemain kelahiran Brazil itu lalu digantung dari menyertai Pusingan Kelayakan Piala Asia 2023. Kes Timor Leste ini merupakan contoh paling ekstrem di mana sebuah negara cuba mencapai kejayaan dengan menggunakan pemain-pemain yang tidak lahir di negara tersebut. Negara-negara lain juga menggunakan pemain-pemain yang tidak lahir di negara mereka tetapi telah mematuhi peraturan FIFA. Artikel 7 Statut FIFA menetapkan mereka yang hendak bermain untuk sesebuah negara perlu memenuhi salah satu dari syarat-syarat berikut, a.) Lahir di dalam negara tersebut. b.) Bapa kandung atau ibu kandung lahi...

Siri 16 - SKUAD B-18 HARAPAN UNTUK DEKAD BAHARU.

Tahun 2020 telah tiba dan kita telah memasuki dekad yang baru. Di awal dekad ini marilah kita melihat kembali pencapaian bolasepak negara sepanjang 10 tahun yang lepas 2 kejohanan utama bolasepak pada dekad lepas adalah Piala Dunia FIFA 2014 di Brazil dan 2018 di Russia. Malaysia gagal untuk layak ke kejohanan-kejohanan tersebut. Untuk pusingan kelayakan ke Brazil, Malaysia perlu melalui 2 pusingan sebelum dapat bermain di peringkat kumpulan kerana kedudukan ranking negara yang rendah. Pada pusingan pertama Malaysia telah berjaya menyingkirkan China Taipei tetapi terkandas pada pusingan kedua apabila kalah 4-6 secara agregat kepada Singapura. Kita gagal mengekang kehebatan pemain-pemain naturalisasi Singapura. Mungkin pengalaman ini telah mendorong FAM untuk menerima pemain-pemain naturalisasi dan Mamadou Sumareh dari Gambia telah menjadi pemain naturalisasi pertama menyarungkan jersi kebangsaan iaitu ketika menentang Sri Lanka pada 12 Oktober 2018. Untuk saingan ke Russia pu...

Siri 15 - ADAKAH SAINGAN LIGA PERDANA INGGERIS TELAH BERAKHIR?

Pada 26 Disember lepas Liverpool yang berada di takhta Liga Perdana Inggeris ( EPL ) telah berkunjung ke Leceister yang berada di tempat kedua. Ramai melihat perlawanan tersebut sebagai penentu sama ada Leicester akan dapat menggugat penguasaan kelab yang baru ditabalkan juara dunia itu. Leicester ketika itu belum pernah kalah dalam 9 perlawanan di tempat sendiri. Mereka telah menjaringkan 19 gol dan hanya bolos 5 gol. Mereka juga 10 mata di belakang Liverpool dan kemenangan akan melihat mereka merapatkan jurang kepada hanya 7 mata. Tetapi malang Liverpool telah membelasah mereka 4-0 dan melebarkan jurang di antara mereka kepada 13 mata. Walau bagaimanapun satu lagi perlawanan keesokan hari mengesahkan betapa sukar untuk pasukan lain mengejar Liverpool. Perlawanan tersebut melihat juara musim lalu Manchester City tumpas 2-3 kepada Wolverhampton. Walaupun Manchester City ketika itu di tempat ketiga dengan 11 mata di belakang Liverpool namun sebagai juara mereka dilihat sebagai...

Siri 14 - JURULATIH TEMPATAN ATAU LUAR?

Keputusan Persatuan  Bolasepak Malaysia ( FAM ) tidak menyambung kontrak jurulatih Skuad Bawah 22 Tahun ( B-22 ) Datuk Ong Kim Swee menghidupkan kembali perbahasan sama ada Malaysia memerlukan jurulatih luar. Kim Swee gagal membawa Skuad B-22 negara ke separuh akhir acara bolasepak Sukan SEA di Filipina baru-baru ini. Jurulatih luar bukan perkara yang asing. Otto Wesphal dari Jerman yang berkhidmat dari 1965 hingga 1966 adalah jurulatih luar pertama kita. Sejak 1963, pasukan negara telah dibimbing oleh 48 orang jurulatih di mana 16 orang adalah jurulatih luar. Gergasi bolasepak Asia, Jepun, hanya melantik 24 orang jurulatih sejak 1963. Separuh dari bilangan jurulatih Malaysia dalam tempoh masa yang sama. Oleh itu, tidak hairan jika ada yang persoalkan sama ada jurulatih kita diberi masa yang secukupnya untuk mencapai sasaran mereka. Untuk menentukan sama ada jurulatih tempatan atau jurulatih luar yang lebih berjaya kita perlu melihat pencapaian-pencapaian kita. Malaysia...

SIRI 13 - LIVERPOOL JUARA DUNIA.

Juara "UEFA Champions League" ( UCL ), Liverpool, telah muncul juara kelab dunia setelah mengalahkan juara Copa Libertadores dari Brazil, Flamengo 1-0 pada 21 Disember lepas. Mereka telah menjuarai Piala Dunia Kelab FIFA ( FIFA Club World Cup ) tahun ini yang telah berlangsung di Doha, Qatar. 7 pasukan dari konfederasi-konfederasi persatuan bolasepak seluruh dunia telah menyertainya. Kelab-kelab tersebut selain dari Liverpool yang mewakili UEFA dan Flamengo yang mewakili CONMEBOL ( Amerika Selatan ) adalah Esperance de Tunis dari Tunisia mewakili CAF ( Afrika ), Monterrey dari Mexico mewakili CONCACAF ( Amerika Utara & Tengah dan Caribbean ), Al-Hilal dari Arab Saudi mewakil AFC ( Asia ), Hienghène Sport mewakili OFC ( Oceania ) dan Al-Sadd yang mewakili tuan rumah Qatar. Kejohanan tersebut bermula dalam tahun 2000 sebagai Kejohanan Kelab Dunia FIFA ( FIFA World Club Championship ) dan pada 2005 bertukar menjadi Piala Dunia Kelab FIFA ( FIFA World Club Cup ). Pertan...

SIRI 12 - "UEFA CHAMPIONS LEAGUE" : UJIAN GETIR DI MADRID UNTUK PASUKAN PILIHAN.

Undian pusingan pusingan 16 pasukan ( Round of 16 ) "UEFA Champions League" atau Liga Juara-Juara UEFA 16 Disember lepas melihat pasukan pilihan, Liverpool dan Manchester City, terpaksa berhadapan dengan cabaran getir di Madrid. Liverpool telah diundi menentang Atletico Madrid dan Manchester City menentang Real Madrid. Ini bermakna Liverpool akan kembali ke Estadio Metropolitano, stadium di mana mereka telah muncul juara apabila mengalahkan Tottenham musim lepas dan sudah tentu stadium Atletico itu bukan tempat yang asing bagi mereka. Walaupun Atletico adalah naib juara La Liga musim lepas tetapi musim ini mereka tampil tanpa Antoine Griezmann yang telah berpindah ke Barcelona. Griezmann seorang pemain penting telah menjaringkan 133 gol sepanjang 5 musim bersama Atletico. Sementara Manchester City patut memberi tumpuan kepada Liga Juara-Juara kerana ketinggalan 14 mata di belakang pendahulu Liga Perdana Inggeris ( EPL ), Liverpool. Adalah lebih realistik bagi mereka u...

Siri 11 - BOLASEPAK DAN POLITIK.

Ramai yang berpandangan sukan dan politik perlu dipisahkan. Tetapi sejarah menunjukkan sukan sentiasa dipengaruhi dan ditentukan oleh politik. Sukan Olimpik merupakan satu contoh yang jelas. Sukan Olimpik 1980 di Moscow telah diboikot oleh Amerika dan sekutu-sekutu mereka. Sukan Olimpik 1984 di Los Angeles pula telah diboikot oleh Soviet dan sekutu-kutunya. Sukan Olimpik 1976 di Montreal juga telah diboikot tetapi oleh negara-negara Afrika. Bintang-bintang sukan telah turut menyatakan pandangan mereka terhadap isu-isu politik. Sama ada melalui kenyataan atau tindakan, ia telah menarik perhatian umum kerana status bintang mereka. Pada 13 Disember lepas, pemain bolasepak Jerman berketurunan Turki Mesut Ozil mengecam penindasan Negara China terhadap kaum Uyghur yang beragama Islam. Pemain Arsenal yang juga beragama Islam itu turut mendakwa negara-negara Islam telah gagal untuk membela kaum minoriti tersebut. Tanah air kaum Uyghur telah secara paksa menjadi sebahagian dari Negara...

Siri 10 - SAINGAN SEBENAR UEFA CHAMPIONS LEAGUE BERMULA.

Perlawanan-perlawanan UEFA Champions League peringkat kumpulan baru berakhir pada 11 Disember lepas. Tempat pertama dan tempat kedua setiap kumpulan layak ke pusingan kalah mati. Terdapat 8 kumpulan dan 16 kelab telah layak. Kelab-kelab itu adalah Paris St-Germain (Perancis ), Real Madrid (Sepanyol), Bayern Munich (Jerman), Tottenham (England), Manchester City (England), Atalanta (Itali), Juventus (Itali), Athletico Madrid (Sepanyol), Liverpool (England), Napoli (Itali), Barcelona (Sepanyol), Borussia Dortmund (Jerman), RB Leipzig (Jerman), Lyon (Perancis), Valencia (Sepanyol) dan Chelsea (England). England dan Sepanyol mendahului dengan 4 kelab setiap negara, ini diikuti Jerman dan Itali dengan 3 kelab setiap negara dan Perancis dengan 2 kelab. Kebanyakan nama-nama besar dari saingan kumpulan telah layak ke pusingan kalah mati. Tiada kejutan besar kecuali juara 3 kali Ajax yang berjaya ke peringkat separuh akhir musim lepas tetapi gagal ke pusingan kalah mati musim ini. Kela...

Siri 9 - SUKAN SEA SEBAGAI TITIK PERTEMUAN BUKAN PENCETUS KONFLIK.

Sukan SEA yang ke 30 sedang berlangsung di Filipina. Majlis pembukaan telah berlangsung pada 30 November lepas dan majlis penutup adalah pada 11 Disember ini. Temasya kali ini melibatkan 56 jenis sukan dengan penyertaan 5,630 peserta dari 11 negara. Sukan SEA atau South East Asian Games bermula dengan South East Asian Peninsular Games atau Sukan SEAP pada 12 hingga 17 Disember 1959 di Bangkok yang disertai oleh Thailand, Burma ( sekarang Myanmar ), Laos, Malaya ( sekarang Malaysia), Vietnam Selatan ( sebelum penyatuan Vietnam ) dan Singapura ( ketika itu belum lagi mencapai kemerdekaan ). Setahun sebelum itu para perwakilan negara-negara Asia Tenggara yang menghadiri Sukan Asia di Tokyo bersetuju agar satu persekutuan sukan ditubuhkan untuk Semenanjung Asia Tenggara. Semenanjung Asia Tenggara bermakna "tanah besar" Asia Tenggara tanpa Indonesia, Filipina dan Brunei. Mereka menetapkan satu temasya sukan dianjurkan 2 tahun sekali dengan temasya pertama dilangsungkan di ...

Siri 8 - EURO 2020 MANIFESTASI PENYATUAN EROPAH.

Undian untuk kumpulan-kumpulan bagi kejohanan bolasepak di antara negara-negara Eropah tahun hadapan atau Euro 2020 telah dilaksanakan pada 1 Disember lepas. Kejohanan tahun ini cukup inklusif kerana ia melibatkan 12 negara tuan rumah. Sebelum ini terdapat kejohanan yang melibatkan lebih dari satu negara iaitu tahun 2000 ( Belanda dan Belgium ), 2008 ( Austria dan Switzerland ) dan 2012 ( Poland dan Ukraine ). Tetapi kali ini sempena ulangtahun ke 60 kejohanan yang bermula dalam tahun 1960 itu, 12 negara akan menjadi tuan rumah. Kumpulan dan tuan rumah untuk Euro 2020 adalah seperti berikut, KUMPULAN A - Itali, Turki, Wales & Switzerland. ( Tuan rumah - Rom, Itali & Baku, Azebaijan ) KUMPULAN B - Denmark, Finland, Belgium & Russia. ( Tuan rumah - Copenhagen, Denmark & St Petersberg, Russia ) KUMPULAN C - Netherlands, Ukraine, Austria & pemenang play-off UEFA Nations League. ( Tuan rumah - Amsterdam, Belanda & Bucharest, Romania ) KUMPULAN D - Engla...

Siri 7 - PEMECATAN PENGURUS-PENGURUS EPL : APA YANG BOLEH DIPELAJARI?

Pada 29 November lepas, pengurus Arsenal, Unai Emery telah dipecat. Arsenal telah gagal memenangi tujuh perlawanan terakhir mereka dan mempamerkan prestasi awal musim yang paling buruk sejak 1992. Sebelum itu, Pengurus Tottenham Mauricio Pochettino telah dipecat pada 19 November lepas. Di bawah beliau, Tottenham hanya memenangi 4 dari 13 perlawanan mereka musim ini. Musim ini melihat pemilik-pemilik kelab tidak memiliki kesabaran dengan pengurus-pengurus mereka. Emery merupakan pengurus ke 22 dan Pochettino pengurus ke 21 yang dipecat di England musim ini. Pengurus EPL pertama yang dipecat musim ini adalah pengurus Watford, Javi Garcia  yang dipecat pada 7 September lepas. Hanya 30 hari selepas bermulanya musim. Watford juga telah memecat pengurus terkini mereka, Quique Sanchez Flores, 1 Disember lepas. Pada musim 2018-19, 59 pengurus pasukan dari EPL, Championship, League One dan League Two telah ditukar. Pada musim 2017-18 lebih ramai pengurus telah ditukar iaitu 67 orang...

Siri 6 - KENAPA PIALA DUNIA 2022 PENTING BAGI MALAYSIA?

Pada 19 November lepas Malaysia telah mengalahkan Indonesia 2-0 dalam perlawanan bolasepak pusingan kedua kelayakan Piala Dunia zon Asia. Malaysia berada di dalam kumpulan G bertarung untuk layak ke Piala Dunia 2022 yang akan berlangsung di Qatar. Kita sekarang berada di tempat kedua di dalam kumpulan 5 pasukan dengan 9 mata setelah menang 3 kali dan kalah 2 kali. Tempat pertama adalah Vietnam dengan 11 mata. Pasukan negara masih memiliki peluang untuk mara ke pusingan ketiga di mana pasukan-pasukan akan dibahagikan ke dalam 2 kumpulan dan johan serta naib johan kumpulan akan layak ke Qatar. Pada persaingan kali ini Malaysia masih mempunyai harapan untuk mara ke pusingan ketiga. Baki perlawanan Malaysia adalah menentang Emiriah Arab Bersatu ( UAE ) di tempat lawan pada 26 Mac tahun hadapan, Vietnam pada 31 Mac di tempat sendiri dan Thailand pada 9 Jun di tempat lawan. Prestasi kali ini adalah di antara yang terbaik bagi pasukan negara. Pada pusingan kelayakan Piala Dunia Russia...

Siri 5 - PILIHAN RAYA BREXIT TENTUKAN NASIB EPL.

Pengundi United Kingdom ( UK ) akan mengundi dalam satu Pilihan Raya Umum 12 Disember ini. Pilihan raya kali ini diadakan kerana kerajaan parti Konservatif pimpinan Perdana Menteri Boris Johnson gagal mendapat persetujuan Parlimen tentang syarat-syarat negara itu meninggalkan Kesatuan Eropah atau European Union ( EU ) iaitu sebuah blok ekonomi yang dianggotai oleh 28 negara. Di dalam satu referendum ( pungutan suara ) pada 23 Jun 2016, 51.9 peratus pengundi UK telah memilih untuk meninggalkan EU atau Brexit. Parti-parti politik utama UK memiliki polisi yang berbeza-beza terhadap Brexit. Parti Konservatif bertegas mahu UK meninggalkan EU Parti Buruh ( Labour ) pimpinan Jeremy Corbyn pula dilihat berkecuali dan mahu referendum kedua untuk memberi peluang kepada rakyat membuat keputusan sekali lagi. Sementara parti-parti kecil Liberal Democrat ( Lib Dem ), Scottish National Party ( SNP ), Green dan Plaed ( parti nasionalis dari Wales ) mahu UK terus kekal di dalam EU atau "re...

Siri 4 - PEMAIN BOLASEPAK MUSLIM MEMBANTU MENGUBAH PERSEPSI BURUK TERHADAP ISLAM DI EROPAH.

Menurut kajian Universiti Stanford kehadiran pemain Liverpool Mohamed Salah bertanggungjawab mengurangkan sikap prejudis ( Islamophobia ) terhadap Islam di bandaraya tersebut. Pemain kelahiran Mesir itu telah berpindah ke Liverpool daripada kelab Roma di Itali pada bulan Jun 2017 dengan bayaran 36.9 juta pound. Kajian tersebut berpandangan keperibadian Salah yang mesra berjaya mengubah imej masyarakat Islam di bandaraya itu dan Islam tidak lagi dianggap asing. Sejak perpindahan Salah kejadian jenayah anti Muslim telah turun sebanyak 18.9 peratus. Liverpool juga mempunyai pemain-pemain Islam lain selain dari Salah seperti Sadio Mané dan Xherdan Shaqiri. Mané adalah warga Senegal sementara Shaqiri adalah warga Switzerland berbangsa Kosovo. Seorang lagi pemain Naby Keita dari Guinea tidak dapat beraksi musim ini kerana mengalami kecederaan. Walau bagaimanapun Salah atau nama penuhnya Mohamed Salah Hamed Mahrous Ghaly adalah yang paling menyerlah. Setakat hari ini beliau telah menj...

Siri 3 - KEHEBATAN EPL : MENANG SORAK KAMPUNG TERGADAI.

Siri 3 - KEHEBATAN EPL : MENANG SORAK KAMPUNG TERGADAI. Hampir kesemua peminat bolasepak negara ini mengikuti perkembangan Liga Perdana Inggeris atau EPL dan mempunyai satu pasukan kegemaran. EPL merupakan liga paling popular di dalam dunia bolasepak meninggalkan liga utama Sepanyol, La Liga dan liga utama Itali, Serie A. Perlawanan EPL dipancarkan kepada 212 negara dan wilayah di dunia atau kepada 643 juta isi rumah. Walau bagaimanapun orang Inggeris tidak boleh berbangga dengan EPL. Memang benar ia menjana berjuta-juta pound setiap tahun tetapi kebanyakan kelab-kelab EPL tidak dimiliki oleh rakyat negara tersebut. Walaupun dipanggil sebagai kelab bolasepak namun kelab-kelab itu adalah syarikat perniagaan. Ini bermakna sesiapa sahaja dengan dana yang mencukupi boleh menguasainya. Dari 20 kelab, hanya 5 kelab yang dimiliki sepenuhnya oleh rakyat tempatan. Kelab-kelab lain dimiliki sepenuhnya atau sebahagian darinya oleh warga asing. Juara musim lepas, Manchester City, dimil...

Siri 2 - PESTABOLA MERDEKA JUGA BOLEH MENYATUKAN RAKYAT MALAYSIA.

Pestabola Merdeka adalah di antara kejohanan bolasepak melibatkan pasukan kebangsaan yang tertua di Asia. Kuasa-kuasa bolasepak Asia seperti Korea Selatan, Jepun dan negara-negara Arab seperti Kuwait dan Iraq kerap menyertai kejohanan tersebut. Pasukan-pasukan dari benua Afrika seperti Ghana dan Maghribi juga pernah menyertai. Pestabola ini juga menjadi pencetus kepada kejohanan-kejohanan bolasepak lain di Asia. Di antaranya adalah Piala Raja Thai di Negara Thai, Piala Presiden di Korea Selatan, Piala Kemerdekaan di Indonesia dan Piala Kirin di Jepun. Tetapi zaman kegemilangan pestabola tersebut dan bolasepak Malaysia telah lama berlalu. Kali terakhir Pestabola Merdeka diadakan adalah 6 tahun lepas di mana pasukan bawah 23 tahun Malaysia muncul juara dalam tahun 2013. Sejak kejohanan pertama, kejohanan ini juga telah gagal dianjurkan sebanyak 20 kali. Begitulah nasib pertandingan yang di satu masa dulu paling berprestij. Alasan terlampau banyak perlawanan yang terpaksa dilalui ol...

Siri 1 - LIVERPOOL JUARA? JANGAN TERLALU YAKIN.

Kemenangan bergaya 3-1 Liverpool ke atas Manchester City minggu ini telah menyakinkan penyokong-penyokong kelab tersebut bahawa mereka bakal ditabalkan sebagai juara Liga Perdana Inggeris atau EPL bulan Mei kelak. Musim lepas mereka telah gagal walaupun berjaya mendahului liga untuk jangkamasa yang panjang. Kekalahan Manchester City itu juga merupakan satu petunjuk penting tentang kemampuan Liverpool kerana hanya kelab tersebut yang dilihat mampu menyaingi The Reds pimpinan Jurgen Klopp. Lebih manis lagi Manchester City yang telah merampas kejuaraan di saat akhir pada musim lepas. Jika Liverpool berjaya musim ini maka ini merupakan kejuaraan EPL pertama kelab itu. Mereka tidak pernah memenangi EPL sejak liga tersebut ditubuhkan pada tahun 1992. Kelab itu telah memenangi kejuaraan liga utama Inggeris sebanyak 18 kali tetapi ianya sebelum EPL. Agak ganjil sejak EPL ditubuhkan Liverpool telah 2 kali memenangi kejuaraan utama untuk kelab-kelab di Eropah, Champions League, tetapi gagal...